BAB 7 : KESIMPULAN

     

            Berdasarkan pandangan dan kajian yang telah dibuat sepanjang tempoh Latihan ini, pelbagai pengalaman baru yang diperolehi seperti dalam aspek akedemik, pengurusan organisasi, perhubungan sesama manusia dan seumpamanya.  Sepanjang tempoh latihan ini, dapat disimpulkan bahawa di dunia alam pekerjaan, sebenarnya masuk ke suatu fasa pembelajaran yang baru dan berbeza sama sekali yang dipelajari di kuliah.  Kefahaman tentang teori adalah penting tetapi kurang terdedah dengan cara mengaplikasikan teori tersebut.

     Dengan adanya Latihan Industri ini, maka sedikit sebanyak pelatih dapat mengimplementasikan apa yang telah dipelajari di institusi pendidikan.  Malah dengan adanya latihan ini, ia dapat memberi gambaran alam pekerjaan yang sebenar.  Ini secara tidak lansung dapat mendedahkan para pelajar kealam pekerjaan sebelum mereka melangkah ke alam ini setelah tamat belajar kelak. Dalam menjalankan tugas harian, pelatih juga dapat menjalinkan hubungan baik dengan semua kakitangan termasuk dengan pegawai atasan malah pelatih juga dapat membiasakan diri berinteraksi dengan pelanggan samada secara lisan atau bersemuka.

            Hasil kajian dan pemerhatian yang dibuat, untuk bekerja di bawah satu firma bukanlah mudah jika tiada persefahaman dan sikap tolak ansur.  Setiap masalah haruslah ditangani bersama dan jangan mempunyai sikap yang suka menyalahkan orang lain. Kepekaan amat penting dalam menjalankan tugas, ini adalah untuk kebaikan bersama, samada bekerja secara individu atau berkumpulan.  Ia juga dapat menghasilkan sesuatu kerja yang bermutu tinggi dan mewujudkan keharmonian dalam perhubungan organisasi.

     Sepanjang tempoh menjalan Latihan Industri di sesebuah organisasi, pelajar mungkin akan terdedah kepada sesuatu risiko berbahaya yang tidak dapat dielakkan.  Oleh itu segala peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditetapkan di dalam organisasi berkenaan mestilah dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya risiko yang tidak diingini.  Dengan mengikuti Latihan Industri, secara tidak langsung para pelajar akan dapat dilatih untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.  Ini adalah sebagai persediaan awal kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan yang penuh mencabar.  Jadi, para pelajar akan dapat mengetahui apakah risiko yang bakal dihadapi melalui tugas yang perlu dilaksanakan.  Pengalaman yang saya perolehi ini amat berguna dan akan saya jadikan bekalan untuk masa hadapan.  Sesungguhnya, Latihan Industri ini amat berguna untuk para pelajar Politeknik merasai dan menikmati alam pekerjaan serta melatih pelajar untuk berdikari.

     Sebagai mengakhiri kata-kata, sesungguhnya banyak ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi sepanjang berada di Chanteq Apparel Outlet.  Selain dapat mematangkan diri dan mengenali hati budi sesama manusia, nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab dan saling membantu antara satu sama lain dapat dijadikan sebagai panduan untuk menjalani kehidupan agar diredhai Allah S.W.T.
    

No comments:

Post a Comment