PENGHARGAAN





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

            Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan dan menyempurnakan laporan latihan industri ini bagi sesi Disember 2013 dari 01 Disember 2013 hingga 17 April 2014 dengan sempurnanya.

            Setinggi penghargaan diucapkan kepada Chanteq Apparel Outlet  kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka. Tidak lupa juga buat seluruh warga Chanteq terutama buat Puan Azlina Binti Abu Bakar dan En. Wan Mohd Asri sebagai pengurus juga merangkap sebagai penyelia saya serta rakan setugas saya iaitu Zura Alias yang telah banyak memberi tunjuk ajar, kerjasama serta bimbingan yang sukar diperolehi selama 4 bulan saya berada di butik ini.

             Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang menjalani latihan di syarikat ini amat berguna untuk dimanfaatkan pada masa akan datang untuk menempoh alam pekerjaan yang bakal dilalui.

            Tidak ketinggalan diucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Kota Bharu yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalani latihan industri. Latihan seperti ini dapat menghasilkan pelajar yang berkemahiran dari segi teori dan praktikal sejajar dengan zaman teknologi yang semakin mencabar.




SEKIAN TERIMA KASIH .

No comments:

Post a Comment