BAB 4 : TUGAS-TUGAS SAMPINGAN

4.0          PENGENALAN

            Di samping saya menjalani tugas – tugas utama, saya juga mempunyai tugasan – tugasan sampingan. Tugasan – tugasan tersebut akan dilakukan jika diarahkan oleh pengurus dan bila ada masa terluang .


 4.1           TUGAS-TUGAS YANG DILALUKAN

Di sepanjang saya berada di Chanteq Apparel Outlet, terdapat beberapa tugas yang dipertanggunjawabkan kepada saya oleh pengurus, antaranya ialah :

4.1.1          Mengemaskini Dokumen Dan Fail – Fail Pelanggan : 

Bagi sesebuah organisasi, sistem menfail merupakan perkara yang penting. Dokumen – dokumen perlu disimpan dan difailkan dengan kemas dan tersusun. Proses ini terdiri daripada mengelas, menyusun dan menfail.

            Di Butik Chanteq, kebiasaannya pada setiap hari Selasa , saya akan mengemaskini fail-fail bagi pelanggan yang membeli secara borong. Saya akan mengemaskini setiap belian dan pembayaran yang di buat oleh pelanggan borong.  Selain  itu saya juga akan memfailkan bil tunai jualan harian  untuk setiap hari. Pihak pengurusan akan memeriksa setiap bil tunai tersebut dan analisa dari segi jenis barangan yang dibeli akan dibuat oleh mereka.

Di samping itu  saya juga akan mengemaskini data-data pelanggan baru pada minggu tersebut. Saya akan mengklasifikasikan pelanggan ini dari segi jantina dan pilihan barangan yang diminati/dibeli oleh mereka. Dengan ini memudahkan pihak pengurusan menggunakan data-data yang dikemaskini ini untuk dibuat analisa pasaran. Dalam mengemaskini data pelanggan, saya akan mempastikan nama, alamat dan nombor telefon direkodkan dengan jelas bagi tujuan pihak syarikat menghubungi mereka ketika untuk memaklumkan barangan baru ataupun promosi jualan.


4.1.2          Menaip dokumen dan fotostat :

Kerja – kerja menaip dokumen juga sering dilakukan oleh saya, kebanyakkan kerja menaip yang dilakukan oleh saya ialah menaip bagi mengemaskini senarai dan maklumat pelanggan, membuat pesanan pembelian / “purchase order” bagi barangan ataupun pakaian yang ingin di tempah/‘order’ sebagaimana yang diarahkan oleh pengurus. Kebiasaannya pesanan pembelian tersebut akan di faks ataupun di emel.

 Kerja – kerja memfotostat merupakan tugas yang penting. Dokumen – dokumen yang biasa difotostat ialah seperti  penyata bank / “bank statement” dan dokumen – dokumen perakaunan lain.


4.1.3    Ke tempat-tempat yang penting :

            Memandangkan pihak syarikat tidak mempunyai pembantu pejabat, pihak syarikat mengarahkan saya untuk pergi ke tempat-tempat penting bagi urusan-urusan tertentu. Antara tempat yang biasa dikunjungi atas urusan tertentu ialah :



  •   WMA Indah Enterprise

WMA Indah Enterprise merupakan merupakan satu lagi  syarikat milik Puan Azlina Abu Bakar dan suami. Kebiasaannya saya akan ke kilang kayu milik WMA Indah Enterprise yang terletak di Pulau Belachan, Kg Panchor-Kemumin. Tujuan saya ke sana adalah untuk merekod barangan yang diperlukan dalam  proses membuat pallet kayu. Saya akan berjumpa dengan penyelia di sana untuk mendapatkan senarai barangan yang dikehendaki dan menyerahkan kepada pengurus. Selepas itu saya akan menghubungi pembekal untuk mendapatkan stok tersebut. Stok yang biasa ditempah ialah Paku Kayu bersaiz 2 inci dan sarung tangan kain.


  •          Ain Medicare Sdn.Bhd

Ain Medicare Sdn Bhd merupakan pelanggan utama WMA Indah Enterprise,. Ia terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Padang Tembak dan berhampiran dengan lokasi  Butik Chanteq. Syarikat WMA mendapat kontrak pembekalan Pallet Kayu dengan Ain Medicare Sdn. Bhd. Paleet kayu yang dibekalkan mempunyai spesifikasi khas, diantaranya bersaiz 100cm x 120cm, papan kayu bersaiz ½” x 3”. Setiap spesifikasi perlu dipenuhi untuk mempastikan produk yang dihasilkan tidak akan dikembalikan /”reject”.

Pada setiap bulan, kebiasaannya pada awal bulan, pengurus syarikat akan mengarahkan saya mengambil cek pembayaran di Ain Medicare Sdn. Bhd. Saya perlu mematuhi tata susila berpakaian untuk memasuki pejabat Ain Medicare Sdn. Bhd, sebagai contoh perlu memakai baju yang kemas dan berkasut.

  • KB Interlocking Brick

KB Interlocking Brick juga merupakan syarikat pembuat bata dan merupakan pelanggan WMA Indah Enterprise. Terletak di tepi jalan utama menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail. Syarikat WMA mendapat kontrak pembekalan Pallet Kayu Terpakai  kepada KB Interlocking Brick. Berbeza dengan pallet kayu yang dibekalkan kepada Ain Medicare Sdn. Bhd., pallet kayu terpakai ini tidak memerlukan bahan mentah kayu dari pembekal kayu, bekalan pallet kayu terpakai akan dibeli daripada pemandu-pemandu lori yang mengangkut barangan yang menggunakan pallet kayu.

Para pekerja akan membaiki semula pallet-pallet ini dan setelah itu akan di hantar ke Kilang KB Interlocking Bricks.Pada setiap awal bulan, pengurus syarikat akan mengarahkan saya mengambil cek pembayaran di Kilang KB Interlocking Bricks.

  •     Maybank (M) Berhad, Cawangan Wakaf Siku

Maybank (M) Berhad, cawangan Wakaf Siku, Kota Bharu merupakan bank syarikat utama, samaada untuk Chanteq Apparel Outlet mahupun WMA Indah Enterprise. Kebiasaannya saya akan ke Maybank adalah untuk memasukkan cek pembayaran oleh pelanggan dan  memasukkan wang hasil jualan di Butik Chanteq. Kebiasaannya saya melakukan kerja tersebut pada tiap – tiap hujung minggu dan awal bulan. Segala slip akan di bawa pulang ke syarikat untuk di simpan sebagai rujukan .


     4.2       KESIMPULAN


            Walaupun tugas – tugas sampingan tidak dilakukan oleh saya secara keseluruhan, namun ianya merupakan satu tugas yang mendisiplinkan diri saya terhadap arahan yang diterima. Di samping itu juga, ia dapat membantu saya mengetahui cara – cara berurusan dengan pihak luar atas urusan rasmi mahupun tidak rasmi. Dengan itu, tugas – tugas sampingan seperti ini harus dilakukan oleh pelajar untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.




No comments:

Post a Comment