BAB 8 : KOMEN DAN CADANGAN



8.0     PENGENALAN


Daripada latihan industri yang di jalankan selama 20 minggu di Butik Chanteq , pemerhatian telah dibuat dan saya mempunyai beberapa cadangan kepada pihak pengurusan Butik Chanteq bagi meningkatkan lagi prestasi  butik tersebut seterusnya mampu menjana jualan dan keuntungan yang lebih tinggi .Saya berharap cadangan yang saya kemukakan ini dapat diterima serta membantu kepada pihak pengurusan butik ini untuk lebih maju serta dikenali pada masa akan datang .



8.1     KOMEN



Terdapat juga komen yang dapat saya simpulkan di bab ni berkenaan Butik Chanteq daripada mereka-mereka yang tertentu. Melalui tinjauan yang saya lakukan , kebanyakkan pelanggan mengatakan layanan-layanan yang diberikan oleh pekerja kepada pelanggan adalah amat memuaskan dan berkualiti . Dengan memberi layanan yang baik kepada pelanggan , maka dapatlah meningkatkan imej Butik Chanteq pada masa akan datang . 


Selain itu , para pelanggan juga ada mengatakan untuk pihak butik supaya sentiasa mengadakan potongan harga bagi memudahkan mereka untuk membeli dengan harga yang istimewa . Di sebabkan hal ini kadangkala pelanggan berfikir dua kali untuk ke butik kerana harga yang ditawarkan tidak mengizinkan untuk mereka membeli disebabkan keadaan ekonomi sekarang .


Pemerhatian juga dilakukan ke atas butik ini , dan pada pemerhatian saya hiasan yang digunakan di dalam butik serta luar kurang menarik perhatian orang ramai selaian rak yang digunakan agak lama dan perlu di tukar . 


8.2     CADANGAN


8.2.1     Mewujudkan Kad Keahlian Butik Chanteq :

           
Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan jualan, saya mencadangkan Butik Chanteq  mewujudkan Kad Keahlian bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke Butik Chanteq. Pelbagai ciri / manfaat yang boleh di berikan kepada pelanggan yang mempunyai kad keahlian ini. Antaranya :

1 .     Setiap pembelian akan mempunyai mata ganjaran dimana pada satu jumlah tertentu mata ganjaran ini boleh di tukar dengan  barangan yang ada di Butik Chanteq ataupun mata ganjaran ini boleh ditukar dengan “Cash Voucher” yang melayakkan pembeli untuk menggunakannya untuk pembelian di Butik Chanteq.

2 .    Ahli kad  akan memperolehi faedah membeli dengan harga lebih rendah berbanding harga biasa.


3 .    Setaip ahli kad akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms)  mengenai promosi yang diadakan Butik Chanteq.
    4 .     Dengan adanya kad keahlian para pelanggan boleh membeli dengan harga yang lebih rendah contohnya mendapat harga potongan harga 10% hingga 15%.


    Dengan ciri-ciri yang ada pada kad keahlian ini, ia seterusnya dapat menyumbang kepada kenaikan dalan jumlah jualan seterusnya meningkatkan keuntungan syarikat. Selain itu , ia juga dapat menggalakkan para pelanggan untuk terus membeli di butik ini kerana sentiasa adanya potongan harga .


    8.2.2    Aspek Hiasan Butik  (Store Design/Decoration)

                Saya juga mencadangkan supaya Butik Chanteq membuat penekanan terhadap aspek hiasan (decoration) di dalam Butik. Ia bertujuan untuk menceriakan lagi ruang premis perniagaan seterusnya dapat menarik pelanggan untuk datang berkunjung.

                Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menambah lagi dekorasi di Butik Chanteq ialah:


    •  Menambah "Signage" Di dalam Butik
                Saya mencadangkan supaya butik Chanteq menambah lebih banyak  signage  yang mana ia boleh di gantung seperti “discount sign”,  “new arrival items sign” dan “sales sign” yang berwarna warni dan kreatif. Ini dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung dan membeli di Butik Chanteq.

    •   Menukar Rak Pameran (“Display Rack”)
                Butik Chanteq menggunakan alatan yang terus diletak di dinding premis untuk mempamerkan pakaian dan  aksesori. Saya mencadangkan pihak pengurusan Chanteq mengeluarkan peruntukan untuk membuat Rak Pameran yang lebih teratur dan kemas dengan mengupah pereka bagi membuat rak pameran dari material seperti kayu. Biasanya ia melibatkan kedai perabut yang boleh menerima tempahan almari untuk pameran.  Dengan ada rak pameran ini, barangan yang dipamerkan lebih nampak eksklusif.


    8.3      KESIMPULAN


    Saya berharap dengan cadangan yang diutarakan kepada pihak pengurusan ia sedikit sebanyak dapat di beri perhatian seterusnya digunakan untuk menambah baik lagi fungsi setiap bahagian organisasi seterusnya dapat meningkatkan prestasi Butik Chanteq secara keseluruhannya. 

    No comments:

    Post a Comment