BAB 1 : PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.0     PENDAHULUAN



           Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Tinggi Malaysia ( KPTM ).  Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk pengaungerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.  Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.



Bermula dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melaksanakan sistem yang memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri. Ini bagi membolehkan dan meningkatkan semangat para pelajar supaya lebih tekun, dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalani latihan industri untuk memperolehi keputusan yang cemerlang pada semester latihan industri serta menjaga nama baik politeknik.

Pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Kota Bharu akan menempatkan para pelajarnya ke tempat latihan bagi mendedahkan mereka kepada persekitaran pekerjaan sebenar . Pelajar  diberi kebebasan untuk memiih tempat untuk mereka menjalani Latihan Industri tersebut .

Latihan Industri ini tempat permulaan kepada peljar mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Dengan mengambil peluang ini , pelajar boleh mendalami ilmu yang diperolehi dan seterusnya mempraktikkan apa yang dipelajari dalam teori semasa do politeknik . Ini dapat melahirkan pelajar politeknik yang berdaya maju , berilmu , dan mampu berdaya saing dengan pelajar – pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain-lain . Melalui Latihan Industri ini , para pelajar akan dapat menambah ilmu dalam kursus yang diceburi dan seterusnya mendapat pendedahan yang lebih meluas. Pemikiran para pelajar juga akan menjadi lebih matang dalam menghadapi segala situasi.

Saya telah menjalani Latihan Industri di Chanteq Apparel Outlet yang beralamat Lot 1213, Jalan Panchor Kemumin , Kg. Pnachor Kemumin , 16100 Kota Bharu , Kelantan bagi tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 bulan bermula pada tarikh 1 Disember 2013 sehingga 17 April 2014 .               


1.2     LATAR BELAKANG ORGANISASI








LOKASI KEDAI



Chanteq Apparel Outlet (CHANTEQ) telah ditubuhkan  pada  21hb Julai 2008 oleh Puan Azlina Abu Bakar. Perniagaan  ini telah didaftarkan di bawah  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah  Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001).



Bagi memperluaskan lagi pasaran Chanteq Apparel Outlet telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Bumiputera.  Bidang-bidang utama perniagaan termasuklah membekal pakaian dan kelengkapan, membekal alatan kelengkapan sukan, membekal uniform kerja dan sekolah dan banyak lagi.

Pusat perniagaan bertempat di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan merupakan  sebuah kawasan perindustrian yang pesat membangun dan di persimpangan jalan besar menuju  Kubang Kerian, Bachok, Padang Tembak dan  ke pantai Sabak ianya amat strategik sebagai lokasi perniagaan.


1.2.1    MISI SYARIKAT


 Misi utama syarikat adalah untuk menjadi pemborong dan peruncit utama bagi pakaian dan aksesori  berjenama di Kelantan khasnya  dan Pantai Timur . Selain itu , syarikat ini juga mempunyai misi untuk memperluaskan pasaran di sektor Kerajaan dan Universiti sebagai pembekal utama. Bagi mencapai misi  ini, syarikat telah membuat garis panduan utama syarikat/dasar syarikat:

            Garis panduan utama syarikat /dasar syarikat ialah:

  • Menyediakan stok-stok yang terkini dalam pasaran.
  • Menjual barangan pada harga yang kompetetif yang mampu bersaing dalam pasaran.
  • Menjadi pembekal yang aktif kepada pihak kerajaan dan universiti bagi bidang-bidang yang telah didaftarkan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan yang efisyen, cepat dan cekap kepada pelanggan.
  • Mengutamakan kualiti pada barangan dan kualiti perkhidmatan.
  • Mengetengahkan kaedah-kaedah dan nilai-nilai islam dalam urusan perniagaan.
  • Memastikan pelanggan memperolehi hanya yang terbaik dari segi kualiti barang, harga barangan seterusnya kepuasan pelanggan.


1.2.2      WAKTU PERNIAGAAN


                 Waktu perniagaan CHANTEQ adalah seperti di bawah:
                                  
Hari
Waktu Perniagaan
Sabtu-Khamis
10.00a.m – 6.00p.m
Jumaat dan Kelepasan Am
Cuti






1.2.3     MAKLUMAT PEMILIK





Nama :
Azlina Binti Abu Bakar

No.Kad Pengenalan :
 730709-03-5054

Tarikh Lahir :
  07 Jualai 2011

Alamat Tetap :
 PT 1671, Taman Kurnia Jaya, Jalan Padang Golf, Pengkalan Chepa,
 16100 Kota  Bharu, Kelantan.

Bangsa :  
Melayu

Nombor Telefon :
019-9428788

Taraf Pendidikan :
  Sarjana Pengurusan Perniagaan, UITM Kampus Kota Bharu.
                           
Sarjana Muda Ekonomi (dengan kepujian), Universiti Malaya, KualaLumpur.

Pengalaman Kerja :
  Pemilik/Pengurus Kewangan(1999-sekarang) WMA Indah Enterprise, Kota Bharu, Kelantan.

  Pegawai Akaun (2000-2007) Damar System Intergrator Sdn Bhd.
 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

   Pensyarah Sambilan (2000-2004) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kampus Machang, Kelantan.
                           
Pegawai Operasi (1999-2000) HSBC Bank (M) Berhad, Kota Bharu Kelantan.

1.2.4     MAKLUMAT PERNIAGAAN

Nama Perniagaan :    
Chanteq Apparel Outlet

Alamat :  
 Lot 1213 Jalan Panchor Kemumin, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu,Kelantan.

Jenis Pemilikan :    
Pemilikan Tunggal

Nama Pemilik  :  
 Azlina Binti Abu Bakar

Jenis Perniagaan :  
        Pembekal, Perniagaan Borong Dan Runcit Pakaian dan Peralatan Berjenama.

No Pendaftaran Perniagaan :   
  KT-0137155P

No Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia  :  
  357-01019854

Bank Syarikat :   
Maybank Berhad Jalan Wakaf Siku.

Aktiviti Utama  :  
Menjalankan perniagaan borong dan runcit, pakaian dan peralatan yang  berjenama serta menjadi pembekal kepada kerajaan  dalam bidang-bidang yang telah didaftarkan.




1.2.5     CARTA ORGANISASI PEJABAT



CARTA ORGANISASI PEJABAT


Bagi menguruskan dan mencapai objektif perniagaan, kumpulan pengurusan telah diwujudkan di bahagian pentadbiran, akaun dan jualan. Pengurusan kedai diuruskan sendiri oleh pemilik sebai Pengurus dan dibantu oleh 3 orang pembantu di bahagian jualan, pentadbiran, akaun.

Walaupun nama CHANTEQ masih baru di dalam pasaran pakaian, namun begitu pihak pengurusan tertinggi iaitu pemilik dan juga pengurus syarikat, Puan Azlina Abu Bakar mempunyai pengalaman  bekerja serta pendidikan berkaitan dengan perniagaan. Ianya merupakan satu kelebihan bagi syarikat dalam pentadbiran, perakaunan dan seterusnya jualan.

Para pekerja mempunyai semangat yang positif, bermotivasi dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan segala permasaalahan.  Para pekerja juga telah diberikan tugasan masing-masing dan   masalah pertindihan kerja dapat dielakkan. 


1.2.6    AKTIVITI UTAMA PERNIAGAAN


Aktiviti perniagaan utama  CHANTEQ adalah menjual pakaian berjenama untuk golongan dewasa lelaki dan wanita  serta pakaian kanak-kanak. Pakaian termasuklah Baju-T, Baju T berkolar,  kemeja lengan pendek, kemeja lengan panjang, seluar panjang (jeans, khakis, track-bottom), seluar pendek, baju  dan  seluar sukan, baju korporat serta aksesori-aksesori lain seperti tali pinggang, beg “cartoon”, beg bayi, permainan kanak-kanak, kasut dan lain-lain lagi. Antara jenama utama yang dijual di CHANTEQ ialah Guess, Levi’s, GAP, Polo RL, Oshkosh, Burberry, Esprit, LV, Paul & Shark, Hackett London dan lain-lain lagi.

Selain itu, CHANTEQ juga merupakan pembekal kepada kerajaan dengan mendaftar sebagai kontraktor di Kementerian  Kewangan Malaysia. Buat masa sekarang CHANTEQ banyak menerima tempahan baju sukan, beg sukan, payung dan  jersey sukan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Bharu dan Kementerian Pertahanan Malaysia, dan Kem Desa Pahlawan.

Di bahagian operasi jualan, syarikat mempunyai pekerja yang bekerja dalam bentuk syif atau giliran. Mereka bertanggungjawab dalam jualan langsung, dan juga jualan melalui “blog”. Syarikat telah mewudkan Blogspot untuk tujuan pemasaran iaitu chanteqbrandedoutlet.blogspot.com.

Untuk jualan langsung di kedai ianya terdiri dari jualan runcit dan jualan secara borong. Setiap jualan runcit dan borong setiap urusniaga akan direkodkan menggunakan buku bill,  satu salinan akan di berikan kepada pelanggan dan salinan untuk syarikat. Perbezaan antara kedua-duanya adalah dari segi harga, harga bagi jualan runcit lebih tinggi berbanding  dengan harga borong.  Bagi mendapatkan harga borong, terdapat terma dan syarat-sarat tertentu yang perlu dipenuhi, antaranya setiap pembelian pertama mestilah melebihi RM500.00.

Untuk pembelian melalui “Internet/Blog”, para pekerja akan mengambil pesanan dari pelanggan dan kemudian akan memeriksa stok yang ada, kemudian pelanggan akan diberi Invois Jualan yang lengkap dengan jumlah yang perlu di bayar termasuk kos pengangkutan dan juga bank berserta nombor akaun syarikat. Biasanya syarikat akan memberi masa selama 3 hari bagi pelanggan untuk membayar jumlah yang diberikan tersebut. Setelah pembayaran dimaklumkan oleh pelanggan, maka tugas  pekerja untuk  membungkus  dan menghantar barangan  tersebut.

Pembantu jualan juga bertanggungjawab untuk memasukkan gambar stok-stok yang baru tiba. Sesetengah barangan yang akan datang juga dipamerkan di blog. Biasanya ia dilabelkan sebagai “Pre-Order Item”. Pembeli yang berminat untuk membeli  boleh berbuat demikian dengan membayar sejumlah tertentu sebagai deposit. Syarikat akan menguruskan pembelian ini seterusnya akan memaklumkan kepada mereka setelah barang yang di tempah telah tiba. 
  

1.2.7   LOKASI PERNIAGAAN

Lokasi perniagaan Chanteq Apperal Outlet adalah di simpang empat Jalan Padang Tembak - Kubang Kerian -  Bachok.




1.2.8    LOGO BUTIK CHANTEQ APPERAL OUTLET


Logo Butik Chanteq Apparel Outlet

1
   
hh







  

1 comment: